Top 10 Senarai Sayur-Sayuran Yang Sihat
Kita
tahu kebanyakan sayur-sayuran mengandungi kalori yang rendah dan
nutrisi yang tinggi. Tetapi Top 10 Senarai Sayur-Sayuran yang saya
berikan adalah yang terbaik daripada jenis sayuran yang lain. Jadi, anda
boleh mula menambah sekurang-kurangnya 5 atau 6 pilihan dari senarai di
bawah:
1. Sayur-sayuran Cruciferous. Sayuran ini dipenuhi dengan anti-penuaan, menlindungi dari kanser, meningkatkan imun fitonutrien, vitamin C & K, potassium, kalsium, zat besi dan asid folik. Senarai di bawah adalah sayuran jenis Cruciferous yang paling berkhasiat untuk dimakan mentah, kukus dan digoreng seperti Brokoli, Cauliflower, Brussels sprouts, Kubis hijau @ merah.
2. Lobak merah(carrots). Ia menbantu melindungi daripada kanser dan meningkatkan penglihatan dengan tahap paling tinggi karotenoid dan vitamin A. Lobak merah juga merupakan sumber vitamin B, C, K, Serat(apabila dimakan mentah), Kalium, Magnesium dan Folat. Dengan memarut lobak merah ke dalam salad atau makan anak lobak secara mentah sebagai makanan ringan.
3. Sayur-sayuran yang berdaun hijau gelap.
Sayur jenis ini boleh dikukus atau digunakan dalam sup, cili,
casseroles atau dimasak secara kacau-goreng(stir-fried). Salad daun
hijau & merah adalah paling berkhasiat untuk dimakan secara mentah
yang boleh dimasukkan ke dalam salad dan sandwic anda. Ia mengandungi
jumlah yang tinggi dalam zat besi, kalium, kalsium, magnesium,
karotenoid dan vitamin B, C, E, & K. Ianya seperti Kale, Bayam,
Swiss Chard, Sayur Collard, Herba Pasli, Salad merah & hijau,
Mustard dan Sayur-sayuran lobak.
4. Tomato.
Ia mengandungi karotenoid lycopene dan vitamin C yang tinggi dan sangat
baik dimasukkan ke dalam sandwic, salad, sup dan sos pasta anda.
5. Kacang dan Peas. Ia mengandungi protien yang lebih tinggi daripada sayur-sayuran yang lain. Kacang dan peas boleh dimakan secara kukus atau mentah. Kacang dan peas juga mengandungi serat, folat, kalsium, zat besi, magnesium dan kalium. Ia boleh dicampur ke dalam sup, salad, sos pasta, dan dimakan terus pun boleh. Contohnya seperti Peas, Lentils, Soya, Lima Bean, Kidney Bean, Garbanzo Bean dan kekacang yang lain.
6. Asparagus.
Ia adalah sumber yang sangat baik dalam serat, vitamin A, C, K dan B
kompleks terutamanya B6 dan folik. Asparagus hanya mempunyai 4 kalori
per tangkai dan ia boleh dikukus dan membantu mengurangkan berat badan,
radang dan kemurungan.
7. Makanan Allium. Contohnya seperti bawang putih dan bawang besar. Ia paling dikenali dengan sifat-sifat antibiotik semulajadi dan boleh membantu meningkatkan imuniti, mengurangkan keradangan dan jangkitan. Makanan Allium yang saya senaraikan lepas ini adalah yang paling berkhasiat untuk dimakan mentah dalam salad dan juga hebat untuk perasa bnyak hidangan yang dimasak. Contohnya Sayur Bawang, Bawang Merah, Scallions dan Bawang Putih.
8. Ubi Keledek dan keladi.
Ia sangat kaya dengan karotenoid, vitamin A, B6, C, kalium,zat besi dan
serat. Ubi keledek dan keladi sangat sedap apabila dibakar dan dimakan
biasa(tanpa menggunakan mentega) atau dimasukkan ke dalam sup,
casseroles dan dimasak secara kacau-goreng(stir-fries).
9. Lada Loceng(Bell Peppers).
Ia adalh sumber kalium, serat, magnesium dan vitamin A, B, C, dan K.
Lada manis ini adalah sangat sesuai untuk tambahan rasa kepda salad dan
dimasak dengan makanan makanan secara kacau-goreng(stir-fried). Anda
boleh memilih lada loceng dari pelbagai warna seperti Hijau, Kuning,
Jingga dan Merah.
10. Buah Labu(Skuasy). Ia kaya dengan karotenoid, vitamin A dan C, kalium, magnesium dan serat. Skuasy boleh dihidangkan bersendirian atau ditambah kepada banyak hidangan.
Anda
boleh mulakan pemakanan anda setiap hari dengan menambah sayur-sayuran
yang telah disenaraikan seperti diatas. Anda boleh makan sebahagian
besar daripada sayur tesebut secara mentah, sebagai snek, ulam, dikukus
atau sebagai hidangan utama, menambah ke dalam sup, salad, dan
casseroles. Kemudian nikmati hidangan yang paling sihat dalam hidup
anda. :-)
No comments:
Post a Comment