Semua orang takut gemuk, tapi kita tidak dapat untuk mengawal nafsu makan…Berikut kami ingin berkongsikan 10 sebab terhangat mengapa manusia menjadi gemuk.
Tempat Ke-10
Pegambilan Ubat-ubatan Anti-Depression
Sekarang ini terdapat ramai orang yang bergantung kepada ubat anti-depression bagi mengurangkan tekanan dalam hidup mereka. Ubat-ubatan ini memperlahankan metabolisma
dan menjejaskan keseimbangan hormon di dalam badan. Kedua-dua faktor
ini akan mengurangkan kemampuan badan kita untuk mengekalkan berat
badan.
Tempat Ke-9
Menghidapi Penyakit Kronik
Penyakit-penyakit seperti Thyroid dan Diabetes menyebabkan pertambahan penghasilan kortisol di
dalam badan yang boleh menyebabkan pertambahan berat. Orang yang
mengalami masalah sebegini mungkin perlu menjalani rawatan tertentu
dari pakar untuk menurunkan berat badan.
Tempat Ke-8
Genetik
Memang tidak dinafikan genetik juga memainkan peranan dalam menetukan
samada kita mudah menjadi gemuk ataupun tidak. Namun perlu diingat
faktor cara hidup dan persekitaran memainkan peranan yang lebih penting
dari genetik semata-mata.
Tempat Ke-7
Stress
Setiap kali kita stress, kadar kortisol di dalam badan juga akan meningkat. Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak di bahagian perut. Kortisol juga melemahkan system immunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkanlah stress!
Tempat Ke-6
Saiz Pengambilan Makanan (Portion Size)
Sedarkah kita cara hidup yang telah diterapkan kepada kita selama ini
menjadikan kita hilang kawalan terhadap jumlah makanan yang kita makan
setiap hari. Disebabkan budaya ini kita sentiasa berasa lapar dan
tidak cukup makan, walaupun kita sudah mengambil makanan lebih dari
yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Disebabkan itulah kita mudah
menjadi gemuk.
Tempat Ke-5
Tak Makan
Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, kita akan
makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya.
Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient
untuk kegunaan badan. Disamping itu apabila perut sangat lapar, kita
akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan berkalori tinggi dan
akhirnya akan disimpan sebagai lemak diperut kita.
Tempat Ke-4
Label ‘Rendah Lemak’
Berapa ramaikah diantara kita yang menyangkakan makanan berlabel ‘rendah lemak’ juga mengandungi ‘rendah kalori’?
Jadi sebelum anda membeli produk-produk berlabel rendah lemak pastikan
anda melihat berapa jumlah kalori makanan itu sekali. Ramai diantara
kita terlebih makan makanan rendah lemak ini kerana kita fikir ianya
sihat dan tak menggemukkan.
Tempat Ke-3
Kurang Bersenam
Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar
kalori. Latihan kardio di waktu pagi membantu pembakaran lemak yang
efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membantu lebih banyak otot
dibina dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar
kalori walaupun sedang berehat.
Tempat Ke-2
Kadar Metabolisma Rendah
Kadar metabolisma yang rendah menyebabkan kita mudah
menambah berat badan. Namun tahukah anda otot boleh meningkatkan kadar
metabolisma kerana otot membakar kalori dengan aktif. Senaman yang konsisten dan sistematik boleh mengekalkan jumlah otot-otot dalam badan walaupun kita sudah tua.
Tempat Pertama
Diet Yang Tidak Sihat
Terimalah hakikat ini, secara amnya amalan pemakanan kita tidak
sihat. Makanan seharian kita dipenuhi oleh bahan-bahan proses yang tidak
baik untuk kita. Jumlah makanan yang diambil seharian pun selalunya
diluar kawalan. Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang sekali diamalkan
sebaliknya kita lebih berminat dengan makanan dikedai mamak dan di KFC atau McDonald.
Seringkali kita suka keluar makan dilewat malam beserta
minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi disebabkan obsesi kita
terhadap budaya sebeginilah yang menjadikan kita semakin gemuk dari
hari-kesehari.
Jadi…sama-samalah kita berubah kearah cara hidup yang lebih sihat!!!
No comments:
Post a Comment