Sunday 8 July 2012

CONTOH MAKANAN PEMBAKAR LEMAK



1.Yogurt Rendah Lemak.
Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protien dan kalsium. Ia terbukti boleh mempercepatkan metabolisme badan. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak boleh kehilangan 2 kali lebih cepat mengurangkan berat badan. Ini disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1,200mg kalsium sehari berbanding dengan orang yang kurang mendapat kalsium.

2.Omega 3 Ikan & Salmon
Salmon adalah makanan yang tinggi asam lemak omega-3 ,Ia merupakan sumber protien yang sangat baik dan juga boleh mengurangkan berat badan. Omega 3 asid lemak juga dapat membantu membakar kalori dan menurunkan selera makan.

3.Makanan Kekacang(Soy Foods).
Contohnya Edamame, tauhu dan Kacang almond. Almond mengandung kadar magnesium yang tinggi. Mineral ini mempromosikan kontraksi otot yang lebih baik adalah makanan protien yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan anda.

4.Daging Yang Tidak Berlemak.
Lemak pada daging itik dan ayam mesti dibuang, contohnya membuang dahulu kulit pada daging sebelum dimasak. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh anda menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Hanya pastikan anda sentiasa memilih dada ayam tanpa berkulit untuk hasil yang terbaik.

5.Telur.
Telur juga merupakan sumber protien yang seimbang yang sangat baik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot anda semasa anda kehilangan berat badan.

6.Cuka.
Ia menggunakan asid untuk membantu badan anda memecahkan lemak yang berlebihan.

7.Buah-Buahan Jenis Limau.
Buah-buahan jenis limau terbukti untuk membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membantu mengurangkan berat badan anda.

8.Cili.
Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya. Ia merupakan makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme anda dan membantu membakar kalori.

9.Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Yang Sihat.
Lobak merah,Sayur-sayuran yang berdaun hijau gelap,Buah Epal,Buah Beri(Berries.

10.Bijirin.
Membantu memelihara kadar insulin yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda selepas anda makan. Tetapi, pastikan ddiri anda menjauhi daripada bijirin yang telah ditapis kerana ia boleh menyebabkan kadar metabolisme anda menjadi lambat dan membuatkan badan anda mula menyimpan lemak. 


No comments:

Post a Comment